Kajian Qur'ani

gravatar

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.



Ebook Antara Semalam dan Hari Ini – Hasan Al Banna

Wahai saudaraku, dengarlah!. 
Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di
hadapan anda sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan
berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh
itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan
bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat. 
Wahai saudaraku; 
Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan
yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.  Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang
mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang
bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai
bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan
melakukakannya. 


Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam
yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya.
Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik.
Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka
mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan
kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan
kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada
anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah,
kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika
mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang
yang jahil.

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan

Link by

Widget Qur'ani

Silakan Copy kode di dalam tabel bawah ini