Kajian Qur'ani

gravatar

Generasi Pemuda dan Perubahan


Medan amal Islami, pada hakikatnya adalah medan peperangan dan jihad walaupun
lain bentuk persenjataannya. Pemuda dalam medan dakwah adalah sebagai perajurit di medan perang. Semestinya mereka dilatih secara praktikal apa yang mereka pelajari sebelum turun ke medan cabaran yang lebih besar dan medan pertentangan hakiki.  Berapa ramai pakar profesional dibanyak bidang ilmu pengetahuan yang ilmu
mereka terkurung dalam tempurung kepala mereka dan sedikit sangat manfaat yang
boleh didapati. Itu adalah natijah dripada kurangnya dalam bentuk amali.
Antara perkara yang hendak dijelaskan dalam persediaan haraki ini ialah:
Mengkaji realiti harakah Islam, mengkaji realiti harakah jahiliyah mengkaji persekitaran dan masyarakat, mengkaji pusat sosial, ekonomi, politik yang menjadi cita-cita massa, mengkaji ilmu sains percubaan dan akhirnya melatih perkara berikut:
- Melatih mereka mentaati dan beribadat kepada Allah: iaitu sembahyang
berjemaah, puasa bersama,haji bersama, menghadiri majlis-majlis ilmu, zikir, mengingati mati serta mengikuti sunnah dan memperkukuh hubungan dengan kitab
Allah baik di segi bacaan, hafalan, tafsiran dan iltizam dengan sunnah Rasulullah dan
sunnah khulafa' Rasyidun.

  1. Melatih mereka dengan uslub (gaya) dakwah seperti Uslub Taujih dan Irsyad (pengarahan dan pengajaran), uslub perbincangan secara objektif dan Uslub Targhib (penggalakan) dan Tarhib (amaran) juga uslub penceritaan.  
  2. Melatih mereka dalam soal tanzim (organisasi), perencanaan, pentadbiran, kepimpinan dan  segala  tanggungjawab (Masuliah).
  3. Melatih mereka menanggung kesusahan, menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan mereka, kesabaran, dan mengentalkan kemahuan mereka sehingga tidak terjadi seperti kata maksud syair:
Hembusan bayu melukakan pipi,
Sentuhan sutera melukakan jari.

Akhir kata, peranan pemuda Islam hari ini ialah suatu peranan dan tanggungjawab yang berat, jalannya penuh dengan onak. Tanggungjawab mendirikan Islam dalam realiti kehidupan manusia hari ini memerlukan kepada generasi Al-Quran yang baru mengikut generasi Al-Quran pertama. Pada hari itu barulah orang-orang mukmin akan bergembira dengan pertolongan Allah

Artikel Terkait by Categories



Widget by Uda3's Blog
Bagikan

Link by

Widget Qur'ani

Silakan Copy kode di dalam tabel bawah ini